Opioid adalah dadah narkotik yang kuat,
biasanya disarankan untuk melegakan kesakitan, ia juga boleh menyebabkan
ketagihan dan kebergantungan di kalangan sesetengah orang, walaupun apabila ia
diambil mengikut preskripsi. Heroin adalah juga sejenis opioid dan ia lebih
kerap dikaitkan dengan penggunaan dadah secara haram.
Ketagihan pada opioid
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang yang
bergantung kepada opioid – baik ahli keluarga, kawan, saudara mara, jiran
mahupun rakan sekerja anda.
Menurut Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Dadah dan Jenayah, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia:
Menurut Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Dadah dan Jenayah, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia:
Dianggarkan bahawa antara 12.8 dan 21.8 juta orang di
seluruh dunia bergantung kepada opioid, Kebanyakan
daripada mereka bergantung kepada heroin
Dianggarkan
78% daripada pengguna dadah suntikan tinggal di negara membangun atau negara
peralihan di Eropah Timur, Asia dan Pasifik
Lebih
76% daripada kes HIV di Malaysia berpunca daripada penggunaan dadah suntikan
Kebergantungan atau ketagihan kepada opioid
adalah masalah perubatan yang kronik dan BUKAN keruntuhan moral. Rawatan boleh
didapati.
Kebergantungan kepada opioid berbeza daripada
penyalahgunaan opioid dan selalunya ia tidak mudah untuk dikesan, walaupun
terdapat tanda yang boleh diperhatikan. Adakah anda, atau orang yang anda
sayangi, melalui pengalaman di bawah ini sepanjang 12 bulan lepas?
Perlu mengambil lebih
opioid untuk mendapatkan kesan yang
sama, atau kurang mendapat kesan daripada jumlah opioid yang sama.
Mengalami gejala ‘tarikan’
apabila tidak menggunakan opioid seperti merasa resah, loya, sengal otot atau
berpeluh.
Sentiasa ingin menghentikan
penggunaan, atau mencuba tetapi gagal untuk menghentikan penggunaan opioid.
Berulang kali menggunakan
opioid walaupun mendapat kesan negatif.
Menghabiskan lebih banyak
masa dengan orang yang diketahui menggunakan opioid atau orang yang disyaki
menggunakan opioid.
Jika anda mendapati atau melalui mana-mana
pengalaman ini, bermakna anda atau orang yang anda sayangi mungkin bergantung
kepada opioid seperti heroin.
Berjumpalah
dengan doctor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment